Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam

Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 48.86 kilometer di Kelantan telah mencapai kemajuan sebanyak 83.27 peratus setakat September lepas, menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan Nik Soh Yaacoub.

Beliau berkata semua kerja pembinaan berjalan lancar mengikut jadual, dan Kelantan kini mendahului dua negeri Pantai Timur lain dari segi perkembangan projek.

“… keseluruhan projek ECRL dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025, dan rakyat Kelantan dijangka boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk ke Kuala Lumpur pada 2027.” Nik Soh Yaacoub, Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan.

Kemajuan projek ini, katanya, adalah hasil kerjasama baik antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

Pembinaan ECRL di Kelantan melibatkan dua stesen utama, iaitu stesen di Kota Bharu yang dikhaskan untuk penumpang, dan stesen di Cherang Tuli, Pasir Puteh yang akan digunakan untuk penumpang dan kargo.

Laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan melibatkan empat jajahan utama, iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, dan Machang.

Projek sepanjang 665 kilometer ini, yang melibatkan kos sebanyak RM50.27 bilion akan dapat memendekkan perjalanan dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak kepada 4 jam dengan ECRL yang mampu memecut selaju 160km/j.

Ia sekali gus jauh lebih pantas berbanding tujuh jam jika menggunakan jalan raya, atau lebih daripada 12 jam semasa musim perayaan.

Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam

Pada 9 Oktober lalu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (“EPIC Berhad” atau Kumpulan) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (“MRL”) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”).

MoU itu menggariskan komitmen kedua-dua pihak untuk memupuk kerjasama dalam bidang berkaitan utama, bertujuan untuk menggalakkan pengangkutan dan kecekapan dalam pengendalian kargo.

Ini termasuk penyepaduan operasi logistik EPIC Berhad dengan rangkaian ECRL, memberi tumpuan kepada laluan taji di Pelabuhan Kemaman.

Dengan menyatukan kuasa kereta api dan pelabuhan, persilangan kepakaran ini dijangka mencipta yang baru peluang komersial, meningkatkan kesalinghubungan serantau dan memacu ekonomi pertumbuhan di Terengganu, selaras dengan pelan induk kumpulan untuk pengembangan Pelabuhan Kemaman.

Berkaitan

  • Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL
  • China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: BERNAMA, Malaysia Rail Link Sdn Bhd

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY