Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan

airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan

Diterbitkan Ogos 4, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

airasia menerusi aplikasinya, airasia Super App telah menjadi yang pertama di Asia menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada para penghantar gig.

airasia menyatakan, ia sebagai usaha syarikat itu dalam memberikan penghantar gig persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan di samping meningkatkan peluang pendapatan.

Semua rakan penghantar airasia food dan airasia xpress akan diambil bekerja secara sepenuh masa, berkuat kuasa serta-merta membolehkan mereka menikmati rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang juga dapat dimanfaatkan untuk pasangan dan anak-anak, cuti tahunan dan faedah perjalanan seperti skim Penerbangan AirAsia ID90 dan e-kupon.

Berkaitan

  • AirAsia Akan Perkenal Teknologi Imbasan Wajah Untuk Sistem Daftar Masuk
  • AirAsia Esports Center - Esport Mall Pertama Di Asia Tenggara Bertempat Di Klang
  • AirAsia Group Tukar Nama Ke Capital A, Kini Bukan Sekadar Terbang

Ia adalah tambahan kepada pendapatan terjamin sehingga RM 3,000 sebulan, latihan eksklusif penunggang airasia serta perlindungan kemalangan peribadi percuma.

Malah penunggang juga layak memperoleh insentif tambahan berdasarkan prestasi.

Kepada anda yang berminat untuk memohon menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia, bolehlah mendaftar melalui halaman airasia Delivery Rider Sign Up.

Sumber: airasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY