Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan

Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan

Diterbitkan April 8, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna tidak sedar bahawa di dalam Windows 11 terdapat ciri terbina yang membantu komputer lain memuat turun kemas kini perisian menggunakan sambungan internet mereka.

Fungsi ini dikenali sebagai Delivery Optimization.

Ciri ini direka bentuk untuk menjadikan kemas kini Windows lebih pantas dengan membenarkan PC berkongsi fail kemas kini antara satu sama lain tanpa perlu semua orang memuat turun daripada pelayan Microsoft.

Jadi, PC anda yang sudah memuat turun kemas kini tersebut  kenudiannya akan memuat naik fail yang sama kepada orang lain yang memerlukannya pula.

Walaupun tujuannya baik iaitu mempercepatkan proses kemas kini dengan berkongsi fail antara PC, tapi tanpa sedar, ia boleh menjejaskan kelajuan internet anda.

Isu prestasi internet akan begitu dirasai terutamanya apabila anda sedang bermain permainan dalam talian yang memerlukan kelajuan tinggi, strim video, atau membuat panggilan video di mana anda mungkin mengalami lag kerana PC anda sibuk menghantar data kemas kini ke komputer lain.

Selain itu, Windows turut menyimpan fail kemas kini dalam cache yang boleh memakan ruang sehingga 10–20 GB pada storan PC anda.

Jadi, bagi mengatasi isu ini, ikuti langkah mudah berikut:

  • Buka Settings Windows 11 PC anda dan pilih Windows Update.

windows update 1

  • Seterusnya pilih bahagian Advanced options dan di bawah Additional options lihat pada pilihan Delivery Optimization.

windows update Advance option

  • Di sini anda diberi beberapa pilihan untuk ditetapkan iaitu:
  • Matikan sepenuhnya – sesuai untuk mereka dengan internet perlahan atau pelan data terhad. Jadikan, matikan saja butang Allow downloads from other devices.

windows update Advance option 1

  • Hidupkan tapi tetapkan kepada Devices on my local network – pilihan tetapan ini berguna jika anda turut mempunyai beberapa PC lagi di rumah.

windows update Advance option 2

  • Tetapkan had jalur lebar menerusi Upload options – tetapan ini adalah bagi mereka yang mahu kekal berkongsi kemas kini dengan yang lain tetapi pada masa sama tidak mahu terganggu dengan isu prestasi internet.
windows update Advance option 3
Anda boleh tetapkan had muat naik kepada 5-10% daripada kelajuan muat naik anda untuk meminimumkan kesan ketika bermain atau panggilan video sambil masih membenarkan beberapa perkongsian secara latar belakang.

Kesimpulannya, jika anda menghadapi masalah kelajuan internet pda PC anda, ini adalah antara tetapan yang boleh dimatikan.

Dengan langkah mudah ini, anda boleh menikmati sambungan lebih stabil tanpa gangguan tersembunyi daripada Windows.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba.

Berkaitan

  • Cara Lihat Fail Lebih Pantas Di Windows 11
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Cara Mudah Kesan Punca PC Windows Anda Jadi Perlahan
  • Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY