Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Cara Mudah Kesan Punca PC Windows Anda Jadi Perlahan

Diterbitkan Mac 31, 2026 · Dikemas kini April 4, 2026 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna komputer berasa kecewa apabila PC mereka menjadi perlahan.

Kebiasaannya, mereka menyalahkan faktor usia perkakasan atau kemas kini Windows, lalu terburu-buru membeli SSD atau menambah RAM.

Namun, pengguna boleh tahu punca sebenar dengan mudah boleh dikenal pasti melalui aplikasi terbina dalam sistem operasi Windows iaitu Task Manager.

Tab Processes dalam Task Manager ialah alat yang paling berguna untuk mendiagnosis masalah prestasi PC Windows anda.

Ia memaparkan penggunaan CPU, RAM, Disk dan Network secara masa nyata bagi setiap proses.

Screenshot 2026-03-31 161224

Jadi, dengan menyusun senarai mengikut kategori ini, anda dapat mengenal pasti aplikasi atau servis yang menggunakan sumber berlebihan.

Sebagai contoh, lonjakan CPU daripada 30% ke 90% berulang kali mungkin menandakan aplikasi bermasalah.

Begitu juga penggunaan RAM yang tinggi boleh menyebabkan sistem terasa lembap.

Walau bagaimanapun, tidak semua penggunaan tinggi bermaksud masalah; kadangkala proses sistem seperti kemas kini Windows memang memerlukan sumber besar buat sementara waktu.

Langkah praktikal lain seperti menutup aplikasi yang tidak kritikal, mengurangkan beban seperti menutup tab pelayar atau menghentikan muat turun, serta menyahpasang aplikasi yang jarang digunakan adalah antara langkah mudah yang boleh anda lakukan.

Sebagai contoh, jika anda ingin menutup sesuatu aplikasi dari Task Manager, pilih aplikasi dan klik butang kanan tetikus dan pilih End Task.

Screenshot 2026-03-31 162731

Namun, penting juga untuk berhati-hati sebelum menamatkan proses yang tidak dikenali kerana ia mungkin penting atau berisiko seperti ciri keselamatan yang melindungi PC dari malware.

Screenshot 2026-03-31 161656

Selain itu, anda juga patut memberi perhatian pada tab Performance kerana ia memberi gambaran jangka panjang tentang trend penggunaan CPU, RAM, Disk, dan GPU.

Sementara tab Startup Apps pula membolehkan pengguna melumpuhkan aplikasi yang tidak perlu dilancarkan semasa PC dihidupkan.

Ini sekali gus membolehkan masa mula sistem dipercepatkan dan meningkatkan prestasi PC secara keseluruhan.

Screenshot 2026-03-31 162025
Screenshot 2026-03-31 162213

Kesimpulannya, hanya dengan Task Manager ia sudah mampu memberi pendedahan jelas tentang punca kelembapan PC anda.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Android Disyor Matikan 3 Tetapan Ini Untuk Hayat Bateri Dan Privasi
  • Cara Pasang Semula Aplikasi Android Secara Berkumpulan Atau Buang Secara Kekal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY