Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Banyak Pengecas Kenderaan Elektrik Akan Ditawarkan Di Stesen Petronas Bermula 2022

Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks

Diterbitkan April 8, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh ariff bukhari

Minyak mentah memainkan peranan penting dalam kehidupan moden, menjadi sumber utama tenaga bagi kenderaan, industri dan rumah tangga.

Namun, perjalanan minyak dari perut bumi hingga ke pam stesen bukanlah sesuatu yang mudah.

Malaysia, sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak terkemuka dunia turut perlu melalui rantaian bekalan yang kompleks, melibatkan pelbagai peringkat dan pemain global.

Segalanya bermula di telaga minyak, di mana minyak mentah diekstrak.

Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks
Tahukah anda bahawa PETRONAS membekalkan hampir 50% keperluan produk petroleum d Malaysia. Kredit: PETRONAS.

Dari situ, ia diangkut menggunakan kapal tangki gergasi merentasi laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Laluan ini amat kritikal kerana hampir 38% minyak import Malaysia bergantung padanya.

660330878_942680125173991_5528731867302603260_n (2)
Sebarang gangguan di sini boleh meningkatkan kos pengangkutan dan menjejaskan kelancaran bekalan. Kredit: PETRONAS.

Seterusnya, minyak mentah diproses di kilang penapisan menjadi produk seperti petrol, diesel, LPG dan bahan api pesawat.

Tetapi, apabila berlakunya perang sepertimana yang sedang berlaku kini mengakibatkan berlakunya gangguan penghantaran bekalan.

Oleh sebab itulah, Malaysia tidak bergantung pada sumber domestik semata dengan mencari sumber alternatif lain bagi memastikan bekalan tidak terhenti.

Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks
Kredit: PETRONAS.

Malah Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah, petrol dan diesel kerana beberapa faktor utama.

Pertama, kebanyakan kilang penapisan dunia termasuk di Malaysia direka untuk memproses minyak mentah jenis medium-heavy sour, sedangkan pengeluaran tempatan tidak mencukupi.

Kedua, permintaan tenaga negara semakin meningkat, manakala pengeluaran domestik semakin menurun, menyebabkan jurang antara penggunaan dan pengeluaran melebar.

Akibatnya, Malaysia menjadi pengimport bersih minyak mentah dan kondensat.

662361982_944747071633963_7964237061085192836_n (1)
Situasi ini menekankan kepentingan strategi tenaga jangka panjang serta usaha mencari sumber alternatif yang lebih lestari. Kredit: PETRONAS.

Selain itu, Malaysia turut mengimport produk petroleum siap seperti petrol dan diesel untuk memenuhi keperluan pasaran.

Seterusnya, produk yang siap diproses kemudian dihantar ke pusat pengedaran, sebelum diagihkan ke stesen minyak di seluruh negara.

Akhirnya, pengguna menikmati hasil perjalanan panjang ini setiap kali mengisi minyak.

Proses yang kelihatan ringkas di pam sebenarnya adalah hasil koordinasi global yang rumit.

Justeru, memahami perjalanan minyak yang panjang ini mengingatkan kita tentang kepentingan penggunaan berhemah dan keperluan mencari sumber tenaga alternatif yang lebih lestari.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Set LEGO Edisi Terhad Kapal 'Ane Maersk' Kini Di Malaysia – Replika Enjin Dwi-Bahan Api Pada Harga RM650
  • Sistem Solar Parkir Kompleks PETRONAS Kerteh Jana Tenaga Bersih 344.52 kWp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY