Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marshall Stockwell III_1

Marshall Perkenal Stockwell III – Bateri Lebih 40 Jam, Harga RM1,299

Diterbitkan Julai 23, 2026 · Dikemas kini Julai 23, 2026 oleh Amalina Athman

Marshall memperkenalkan Stockwell III, generasi ketiga bagi siri pembesar suara Bluetooth mudah alihnya yang kini hadir dengan beberapa penambahbaikan termasuk ketahanan bateri lebih lama, prestasi audio yang dipertingkat serta reka bentuk yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Stockwell III menawarkan hayat bateri melebihi 40 jam dengan sekali cas, sesuai untuk penggunaan sepanjang hari atau ketika dalam perjalanan. Marshall turut menyertakan fungsi pengecasan melalui port USB-C yang membolehkan pembesar suara ini mengecas peranti lain.

Marshall Perkenal Stockwell III – Bateri Lebih 40 Jam, Harga RM1,299

Dari segi audio, Stockwell III menggunakan teknologi True Stereophonic 360° yang menghasilkan bunyi menyeluruh dari setiap sudut. Ia juga dilengkapi ciri Dynamic Loudness yang membantu mengekalkan keseimbangan antara bass, mid dan treble pada setiap tahap kelantangan, sekali gus memastikan setiap perincian muzik kekal jelas.

Marshall Perkenal Stockwell III – Bateri Lebih 40 Jam, Harga RM1,299

Reka bentuknya masih mengekalkan identiti klasik Marshall dengan profil menegak yang kompak, dipadankan bersama pemegang berinspirasikan tali gitar, sarung silikon bertekstur dan gril logam pada bahagian hadapan serta belakang. Panel kawalan turut diperbaharui dengan susun atur yang lebih mudah digunakan, termasuk butang M untuk akses pratetapan serta kawalan media jog untuk menukar lagu dengan lebih pantas.

Marshall Stockwell III_3
Marshall Stockwell III_2

Selain itu, Stockwell III mempunyai penarafan IP55 untuk ketahanan terhadap habuk dan percikan air. Beberapa komponennya seperti bateri, gril hadapan dan belakang, sarung silikon serta tali pemegang pula direka secara modular dan boleh diganti bagi memanjangkan jangka hayat produk.

Marshall Stockwell III_

Marshall Stockwell III ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Brass dan Cream pada harga RM1,299. Ia akan mula dijual di Malaysia bermula 30 Julai 2026 menerusi Marshall Official Store di Shopee dan Lazada, selain boleh didapati di beberapa pengedar terpilih seperti Harvey Norman, Thunder Match, CG Computers, Urflash Gadgets, ALL IT Hypermarket, SNS Network, EWT Technology, PC Image dan Sprint Cass.

Berkaitan

  • Marshall Bawakan Konsert Ke Rumah Dengan Bromley 750
  • Marshall Emberton III Lunar New Year Edition 2026 Kini Di Malaysia – Edisi Terhad Hanya 50 Unit
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY