Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2026-02-12 09.10.40

Marshall Emberton III Lunar New Year Edition 2026 Kini Di Malaysia – Edisi Terhad Hanya 50 Unit

Diterbitkan Februari 12, 2026 oleh Amsyar Latif

Sempena Tahun Kuda, Marshall memperkenalkan Emberton III Lunar New Year Edition 2026 — edisi terhad yang tampil dengan sentuhan seni eksklusif daripada artis China, FCCK. Kolaborasi ini menjadi simbol kempen “Live Unbridled”, diinspirasikan daripada frasa “脱缰野马” yang membawa maksud kebebasan tanpa batas.

Rekaan khas FCCK yang terkenal dalam dunia seni muzik dan vinil China menjadikan pembesar suara ini bukan sekadar peranti audio, tetapi karya seni mudah alih.

photo_2026-02-12 09.10.41

Gabungan ilustrasi, tipografi dan corak grafik berani menyerlahkan identiti unik yang seiring dengan bunyi ikonik Marshall.

Untuk pasaran Malaysia, hanya 50 unit ditawarkan secara eksklusif di Against Lab Pudu. Pembesar suara ini dijual pada harga RM1,149, menjadikannya koleksi wajib bagi peminat audio dan pengumpul edisi terhad.

Dengan rekaan kompak dan mudah dibawa, Emberton III edisi khas ini sesuai menghidupkan suasana rumah terbuka dan sesi santai sepanjang musim perayaan.

Berkaitan

  • Marshall Lancar Fon Kepala Terbaru, Ketahanan Bateri Sehingga 100 Jam
  • Marshall Bawakan Konsert Ke Rumah Dengan Bromley 750
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY