Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Korea Alexander Nanta Linggi

AI Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia, Ini Peranan Korea Selatan

Diterbitkan Mei 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Sempena penyertaan Malaysia dalam Forum Sistem Pengangkutan Pintar Asia Pasifik 2025 di Suwon, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Republik Korea, TYT Park Sang Woo.

Pertemuan ini menegaskan komitmen bersama untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan infrastruktur pintar, termasuk penggunaan teknologi seperti AI, analitik data dan automasi dalam pengurusan jalan dan pengangkutan.

Antara pencapaian penting ialah penganjuran Seminar Kerjasama Teknologi Jalan dan Pembinaan yang melibatkan lebih 130 peserta dari kedua-dua negara di mana membincangkan aplikasi sensor pintar, penyelenggaraan prediktif dan AI untuk keselamatan trafik.

Perbincangan turut menyentuh kemajuan rundingan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pembinaan, yang dijangka dimuktamadkan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN–Korea Oktober ini.

MoU ini membuka ruang pemindahan teknologi dan peningkatan keupayaan tempatan, selaras dengan hala tuju Malaysian ITS Roadmap 2030.

Pelan ini berpaksikan lima teras dasar utama:

  1. Pengangkutan hiperberhubung melalui mobiliti pintar yang lancar
  2. Peralihan ke arah mobiliti hijau dan mampan
  3. Perkhidmatan awam yang diperkasa melalui pendigitalan
  4. Ekosistem pengangkutan yang selamat dan terjamin
  5. Penggunaan data untuk perancangan mobiliti dan pengangkutan

Kerjasama strategik Malaysia–Korea ini meletakkan asas kukuh untuk membangunkan sistem pengangkutan masa hadapan yang lebih efisien, inklusif dan berdaya tahan, didorong oleh teknologi seperti AI dan data raya.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Malaysia Sasar 10,000 Pengecas EV Siap Hujung 2025 — Termasuk Sabah Dan Sarawak
  • Golongan Muda Paling Ramai Guna ChatGPT Di Malaysia
  • Malaysia Sasar Dominasi Dunia Dalam Kripto Patuh Syariah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY