Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Menjelang musim Haji 2025 yang dijangka berlangsung dari 4 hingga 9 Jun, Arab Saudi memperkenalkan versi kedua robot AI yang dipanggil sebagai “Manarah Robot” di Masjidil Haram, Makkah.

Robot ini direka untuk membantu jemaah haji dengan memberikan panduan agama secara masa nyata dalam 11 bahasa, termasuklah bahasa Arab, Inggeris, Urdu, Bengali, dan Melayu.

Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
Pelancaran robot AI ini telah disempurnakan Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabi.

Dibangunkan dalam masa tiga bulan oleh syarikat tempatan, robot ini menggunakan pangkalan data AI yang turut menawarkan fungsi lain seperti info fatwa sahih serta menawarkan panggilan video terus kepada mufti bagi soalan di luar skopnya.

Reka bentuknya menggabungkan elemen seni bina Islam dengan teknologi moden seperti kamera HD, skrin sentuh, mikrofon berkualiti tinggi dan sistem navigasi pintar 5G.

https://x.com/mansoor76544/status/1897037185825825078

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0
  • Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo

Sumber: The Siasat Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY