Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip AI_

Golongan Muda Paling Ramai Guna ChatGPT Di Malaysia

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur, OpenAI mendedahkan data baharu yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam penggunaan alat AI mereka di Asia Tenggara.

Secara global, OpenAI mencatatkan lebih daripada 500 juta pengguna aktif mingguan dan dua juta pelanggan berbayar.

Di rantau Asia Tenggara sahaja menyaksikan peningkatan pengguna mingguan ChatGPT sehingga tiga kali ganda sejak OpenAI tiba di rantau ini setahun lalu.

Beberapa negara di rantau ini telah mencatatkan pertumbuhan ketara di mana Vietnam dan Thailand masing-masing menunjukkan pertumbuhan lebih 700%.

Ia diikuti Malaysia dan Indonesia sebanyak 330% dengan Indonesia turut tersenarai dalam 5 pasaran teratas dunia bagi penggunaan ChatGPT tertinggi setiap minggu.

Singapura dan Filipina turut mencatat pertumbuhan, masing-masing sebanyak 100% dan 84%.

Penggunaan ChatGPT di rantau ini meliputi pelbagai tujuan, dengan lima kegunaan utama ialah sebagai alat pembelajaran, pemberi nasihat, penyuntingan dan penulisan, penciptaan karya kreatif, dan terjemahan.

Golongan muda berusia 18 hingga 34 tahun memainkan peranan utama dalam lonjakan penggunaan ini, menunjukkan AI semakin penting dalam tenaga kerja masa depan.

Pertumbuhan pesat ini menyerlahkan keperluan mendesak untuk pelaburan dalam infrastruktur AI serantau, termasuk pusat data dan keupayaan pengkomputeran berkuasa tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Strategi OpenAI, Jason Kwon, pelaburan dalam infrastruktur AI akan membolehkan negara-negara Asia Tenggara memenuhi keperluan rakyat, merangsang inovasi dan menjadi peneraju dalam teknologi AI global.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
  • ChatGPT Plus Percuma Untuk Semua Rakyat UAE? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY