Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI Modul Astronomi

Malaysia Perkenal Modul Astronomi Untuk Murid Ketidakupayaan Penglihatan

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini melancarkan Modul Astronomi bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan Penglihatan, menjadikan modul pertama seumpamanya diterbitkan dalam negara untuk mempelajari bidang astronomi.

Modul astronomi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Space Insight yang dirangka khusus untuk melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam program pembudayaan Sains Angkasa yang berfokuskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Menurut MOSTI, kandungannya dibangunkan dengan penyesuaian instruksional pembelajaran Astronomi yang bersesuaian untuk MBPK ketidakupayaan penglihatan, dan akan menjadi rujukan serta menyokong pembelajaran sains di peringkat sekolah rendah khas.

Modul ini akan diedarkan ke 12 sekolah terpilih yang mempunyai pelajar berkeperluan khas penglihatan. Ia turut dimanfaatkan melalui pelaksanaan Program Transit Astronomi Inklusif, iaitu program jangkauan ke sekolah-sekolah yang menjalankan Pendidikan Khas Integrasi dan Pendidikan Inklusif.

Menariknya, bahan ini juga akan turut dikongsikan dengan negara-negara ahli International Astronomical Union (IAU) di bawah kumpulan kerja Working Group on Inclusive Outreach.

Berkaitan

  • Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI - Anwar
  • Kuala Lumpur Kini Tersenarai Dalam 100 Kluster Sains & Teknologi Terbaik Dunia – GII 2024
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • NASA Kesan Objek 'Interstellar' Ke-3 Memasuki Sistem Solar Pada Kelajuan 245,000 km/j

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY