Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kuala lumpur, malaysia

Kuala Lumpur Kini Tersenarai Dalam 100 Kluster Sains & Teknologi Terbaik Dunia – GII 2024

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan oleh Global Innovation Index (GII) 2024 telah meletakkan Kuala Lumpur (KL) di tangga ke-93 dalam senarai 100 Kluster Sains dan Teknologi (S&T) terbaik dunia buat pertama kalinya.

Kejayaan ini dicapai hasil peningkatan ketepatan geokod dalam menentukan lokasi penyelidik dan pencipta paten, yang menyumbang kepada penambahan data inovasi dari Malaysia.

Dua institusi utama yang menyerlah dalam pencapaian ini ialah MIMOS, pusat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan Malaysia, yang menjadi pemohon paten utama Kuala Lumpur, khususnya dalam bidang penyelidikan semikonduktor.

Kedua adalah Universiti Malaya, sebagai organisasi penerbitan saintifik utama di rantau ini.

TOP 100 Cluster GII 2024

Kemasukan Kuala Lumpur ke dalam senarai ini menunjukkan kemajuan penting dalam ekosistem inovasi Malaysia, dan menyaksikan ibu negara berdiri sebaris dengan bandar inovatif lain seperti Tokyo, Seoul, dan San Francisco.

Ia menandakan potensi besar negara untuk berkembang sebagai pusat teknologi dan penyelidikan serantau.

Dalam kumpulan ini, ia diterajui oleh Tokyo–Yokohama (Jepun) dengan muncul sebagai kluster sains dan teknologi (S&T) terbaik dunia dalam GII 2024, diikuti oleh Shenzhen–Hong Kong–Guangzhou (China & Hong Kong).

Kedua-duanya menyumbang hampir 20% daripada permohonan paten global (PCT), hasil inovasi syarikat seperti Mitsubishi Electric yang terletak di Tokyo–Yokohama dan Huawei masing-masing di Shenzhen–Hong Kong–Guangzhou.

Kluster seterusnya dalam senarai lima teratas ialah Beijing (China) – tempat ke-3, Seoul (Korea Selatan) – ke-4 dan Shanghai–Suzhou (China) – ke-5

Laporan GII menyatakan, pertumbuhan kedudukan Beijing dan Shanghai didorong oleh peningkatan kukuh dalam jumlah permohonan paten.

Sementara di tempat ke-6 ialah San Jose–San Francisco (Amerika Syarikat), yang kekal sebagai hab inovasi utama di Barat.

TOP 100 Cluster GII 2024

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Google Dedah Cara Gen Z Pilih Dan Percaya Berita Hari Ini
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad

Sumber: Global Innovation Index 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY