Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[MY] 2024 Annual Fraud Report – Cover

Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia merekodkan kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan pasaran utama Asia, dengan 72.5% pengguna yang memeriksa status melalui ciri ID Security Whoscall mendapati maklumat mereka telah dikompromi.

Laporan Tahunan Whoscall 2024 mendedahkan statistik ini berdasarkan analisis data penipuan yang dikumpulkan dari Januari hingga Disember 2024, merangkumi pasaran Malaysia, Taiwan, Thailand, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Filipina.

[MY] 2024 Annual Fraud Report – Personal Data Leaked

Voon Chang Liew, Pengarah Pembangunan Perniagaan Gogolook (penyedia perkhidmatan Whoscall) di Malaysia menjelaskan,

Walaupun nombor telefon adalah data paling kerap terdedah di semua negara (98% di Malaysia), Malaysia kini di tangga teratas dengan kadar kebocoran nama yang tinggi (89%), diikuti oleh alamat dan emel. Keadaan ini menjadikan penipuan penyamaran lebih meyakinkan kerana penipu (scammer) memanfaatkan nama yang sudah terdedah untuk menyamar sebagai pihak bank, agensi kerajaan, atau perkhidmatan penghantaran.

Pada masa yang sama, panggilan scam atau penipuan di Malaysia turut melonjak sebanyak 82.81%, sementara penipuan melalui SMS meningkat 19.97%.

[MY] 2024 Annual Fraud Report – Scam Call Surge

Peningkatan aktiviti penipuan ini turut dikaitkan dengan lonjakan kerugian kewangan, apabila penipu memanfaatkan kebocoran data peribadi serta taktik penipuan berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan mangsa dengan lebih berkesan.

Taktik penipuan utama yang sering digunakan termasuk panggilan penipuan berkaitan perbankan, kutipan hutang, serta penyamaran sebagai pihak berkuasa atau perniagaan.

Selain itu, penipuan melalui SMS turut merangkumi skim pelaburan, perkhidmatan pinjaman wang, penipuan bungkusan, dan telekomunikasi.

[MY] 2024 Annual Fraud Report – SMS Context
[MY] 2024 Annual Fraud Report – URL Scam

Taktik lain yang turut digunakan termasuk phishing dan pautan berbahaya yang menyamar sebagai halaman pendaftaran bagi mencuri maklumat peribadi mangsa.

Bagi melindungi diri daripada taktik penipuan yang semakin berleluasa, pengguna boleh memuat turun aplikasi Whoscall, yang diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Whoscall ID Security Feature

Gunakan ID Security Whoscall bagi menyemak kebocoran data peribadi dan Auto Web Checker untuk menerima amaran penipuan segera semasa melayari laman web yang mencurigakan.

Whoscall tersedia untuk telefon pintar Android dan iOS.

Berkaitan

  • Cepat Pasang Aplikasi ID Pemanggil Ini, Satu-Satunya Yang Diiktiraf PDRM
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Bank Perlu Bayar Balik Kepada Mangsa 'Scam' Jika Cuai - PM
  • 4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia

Sumber: Siaran Media Whoscall

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY