Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim Dis 2024_2

Bank Perlu Bayar Balik Kepada Mangsa ‘Scam’ Jika Cuai – PM

Diterbitkan Disember 4, 2024 ยท Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia perlu mencontohi United Kingdom (UK) yang memperkenalkan undang-undang lebih ketat ke atas pihak bank bagi memastikan pemilik akaun dilindungi daripada jenayah penipuan kewangan.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsipnya beliau berpendirian agar dasar baharu diperkenalkan oleh UK sejak 7 Oktober lalu, turut dilaksanakan di negara ini.

Seperti mana dikaitkan dengan undang-undang di UK, itu hanya jika dikenal pasti kecuaian pihak bank atau bank tidak memantau mengikut peraturannya.

Dasar itu menetapkan bank perlu membayar balik ganti rugi atau memberikan pampasan dalam tempoh lima hari kepada pemilik akaun yang menjadi mangsa penipuan bagi jenayah dalam talian.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan, ketika ini, tindakan tegas ke atas bank sudah dilaksanakan sekiranya berlaku kecuaian.

Kalau dikenal pasti kecuaian, bank akan bayar pampasan. Setakat ini mengikut Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah, sebanyak RM178,407 (wang milik mangsa) telah pun dipulangkan, maknanya ada yang sudah dapat balik. Namun mungkin dalam kajian yang dibuat dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), kita akan turut kaji agar diperketatkan supaya pihak bank turut bertanggungjawab jika dikesan cuai.

Terdahulu, beliau juga menyatakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah berjaya menyekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian setakat ini.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Polis Berpangkat Sarjan Ke Atas Kini Boleh Sekat Dan Rampas Transaksi Libatkan Kes 'Scam' Dalam Talian - Timbalan Menteri
  • NSRC Berjaya Sekat RM19 Bilion Wang Jenayah Penipuan Dalam Talian - PM

Sumber: AWANI

Gambar utama: Facebook Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY