Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s PDRM tagging on unknown calls under ‘Scammer (Verified by PDRM)

Cepat Pasang Aplikasi ID Pemanggil Ini, Satu-Satunya Yang Diiktiraf PDRM

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook hari ini mengumumkan bahawa kerjasamanya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghasilkan kejayaan besar dalam mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan dalam talian di kalangan rakyat Malaysia sebanyak 10% dalam masa 8 bulan.

Kerjasama yang dijalin ini telah berlangsung sejak Januari 2023 lagi yang melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM kepada sistem data Whoscall.

Whoscall kini mempunyai lebih 100 juta muat turun aplikasi ID pemanggil dengan pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara telah berjaya mengesan 3.1 juta panggilan palsu dan SMS di Malaysia setakat Ogos tahun ini (2023), di mana 318,147 daripada nombor penipuan yang dikesan adalah daripada portal JSJK PDRM yang telah diimport ke pangkalan data Whoscall.

“Kami amat gembira dengan keputusan itu dan akan terus komited untuk menyokong JSJK PDRM dalam melindungi rakyat Malaysia daripada penipu dan penipuan melalui teknologi AI dan pangkalan data hakmilik kami yang mengandungi lebih 1.6 bilion entri nombor telefon.” Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook

Whoscall juga memaklumkan mereka telah melancarkan ciri terbaru iaitu pengenalan panggilan tidak diketahui Whatsapp yang percuma untuk semua pengguna Whoscall.

Ciri baharu ini berfungsi untuk melindungi pengguna daripada kemungkinan penipuan dan panggilan palsu yang dijalankan melalui Whatsapp.

01_Whatsapp caller ID_Poster

Ciri ini merupakan tambahan baharu kepada ciri URL Scanner yang diperkenalkan pada Mei tahun ini. ‘URL Scanner’ membantu pengguna memastikan keselamatan pautan dengan cepat dan mudah, sekali gus melindungi pengguna daripada mengklik pada pautan pancingan (phishing links) data secara tidak sengaja.

Bagi anda yang mungkin masih belum tahu, aplikasi Whoscall telah direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk bertindak sebagai barisan pertahanan pertama bagi melengkapkan pengguna dengan aplikasi teknologi anti-penipuan yang berkuasa untuk sentiasa mengemaskini nombor penipuan untuk membantu pengguna mengelakkan panggilan penipuan dan kekal berwaspada pada setiap masa.

Whoscall – Android – Delivery
Whoscall – Android – Search
Whoscall – Android – SMS
Whoscall – Android – Spam
Whoscall – Android – Telemarketing

“Dengan perkongsian pangkalan data antara portal JSJK PDRM dan sistem data nombor Whoscall, kami memastikan pengguna Malaysia mendapat pangkalan data nombor penipuan paling terkini dengan hanya memuat turun aplikasi Whoscall pada telefon bimbit mereka,” Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook.

Whoscall sebelum ini telah disahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan aplikasi ID pemanggil pertama dan satu-satunya yang disahkan oleh PDRM dengan memperakui dan mengiktiraf sebagai aplikasi yang mempunyai sistem perlindungan data peribadi yang selamat.

Cepat Pasang Aplikasi ID Pemanggil Ini, Satu-Satunya Yang Diiktiraf PDRM

Pengguna Whoscall boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui daripada senarai data Whoscall yang semakin berkembang dan mengenal pasti ID pemanggil dengan menggunakan aplikasinya secara percuma.

Terkini dengan ciri tambahan URL Scanner yang membantu dalam mengesan laman web penipuan dan pengenalan panggilan yang tidak diketahui di Whatsapp menjadikan Whoscall aplikasi pilihan yang ideal dalam memerangi penipuan dalam talian.

Whoscall tersedia untuk telefon pintar Android dan iOS.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android

Sumber: Siaran media Whoscall

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY