Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Open AI CEO Speaks At Annual Snowflake Summit In San Francisco

Guna ChatGPT? Sam Altman Dedah Berapa Banyak Tenaga, Air Digunakan Untuk 1 Soalan

Diterbitkan Jun 11, 2025 · Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh Amalina Athman

Mungkin ada ramai yang tertanya-tanya, sebenarnya berapa banyak tenaga yang digunakan setiap kali kita mengajukan soalan atau arahan di ChatGPT?

Menurut CEO OpenAI, Sam Altman, satu carian purata menggunakan sekitar 0.34Wh tenaga.

Dakwanya, ia bersamaan dengan apa yang digunakan oleh ketuhar dalam sedikit lebih satu saat, atau mentol lampu cekap tenaga dalam beberapa minit. Penggunaan air? Hanya kira-kira 0.32ml air, atau dalam bahasa yang lebih mudah, sekitar satu per lima belas sudu teh sahaja.

“Kos untuk mendapatkan kecerdasan… suatu hari nanti akan menyamai kos elektrik,” kata Altman.

Itu jika diambil kira untuk satu soalan. Hakikatnya, berjuta-juta pertanyaan diajukan kepada sistem AI seperti ChatGPT setiap hari.

@JustPooyan @sama Scaling Sam's ChatGPT figures for 1 billion daily queries: Energy use is ~340,000 kWh, enough to power ~11,500 U.S. households daily, like running a 1,200 W oven for ~32 years or 1.4 million 10 W lightbulbs for a day. Water use is ~85,000 gallons, supplying ~213…

— Grok (@grok) June 10, 2025

Ketika ini, syarikat AI semakin diawasi kerana penggunaan tenaga yang tinggi. Menurut kajian, menjelang hujung tahun ini, AI dijangka menggunakan lebih banyak tenaga berbanding aktiviti perlombongan Bitcoin.

Malah, laporan The Washington Post bersama penyelidik mendedahkan bahawa satu e-mel ringkas 100 patah perkataan yang dijana AI menggunakan GPT-4 boleh melibatkan penggunaan air lebih satu botol, dan jumlah itu boleh berubah bergantung kepada lokasi pusat datanya.

‘Titik tiada kembali’

Di sisi yang lain, Altman berkata dunia kini sudah melepasi “event horizon” – satu tahap di mana perkembangan kecerdasan buatan (AI) sudah tidak boleh diundur lagi.

Robot masih belum berjalan bebas di jalanan lagi, dan kebanyakan daripada kita pun bukanlah berbual dengan AI sepanjang hari. Kita masih belum mampu ke angkasa dengan mudah, dan masih banyak perkara tentang alam semesta yang kita belum faham.

Namun begitu, Altman mendakwa kita kini sudah pun berjaya membina sistem yang lebih ‘bijak’ daripada manusia dalam banyak hal, serta mampu meningkatkan hasil kerja dengan ketara.

Walaupun pada awalnya mungkin ramai yang teruja atau terkejut dengan kemunculan AI seperti ChatGPT, kini kebanyakan daripada kita sudah mula terbiasa.

Proses adaptasi berlaku dengan pantas. Jika dulu kita kagum kerana AI boleh hasilkan satu perenggan yang ditulis dengan begitu cantik, mungkin kini kita mula tertanya-tanya bila pula AI boleh hasilkan sebuah novel penuh yang ‘memukau’?

Dulu kita teruja apabila AI boleh bantu doktor buat diagnosis penyakit dengan tepat, kini mula berharap AI juga mampu cipta penawar. Beginilah cara singularity, tahap peralihan teknologi berlaku.

Dalam dekad akan datang, kita mungkin menyaksikan perubahan besar dalam cara manusia bekerja, belajar dan mencipta. AI tidak akan menggantikan segalanya, tetapi akan membantu manusia untuk melakukan lebih banyak perkara dengan lebih baik dan lebih pantas.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • OpenAI Lancar o3, o4-mini - Model Penaakulan Paling Berkuasa, Boleh 'Berfikir' Dengan Imej
  • GPT-4.1 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna ChatGPT
  • Fungsi Memori ChatGPT Percuma Ditingkatkan, Tapi Ada Beza Dengan Versi Berbayar
  • ChatGPT Perkenal Ciri Rakaman Mesyuarat, Sambungan Ke Storan Awan

Sumber: Sam Altman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY