Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jom Serbu, Machines Sedang Mengadakan Jualan Gudang Besar-Besaran

Posted on Jun 17, 2022Jun 17, 2022

Machines memaklumkan bahawa mereka sedang mengadakan jualan gudang yang bertempat di Sunway Clio Exhibition Centre,

Jualan gudang itu sudah pun bermula hari ini 17 Jun 2022 tetapi ia hanya dibuka kepada pelanggan yang menjadi ahli machines+ sahaja.

Untuk pelanggan umum pula jualan gudang ini akan dibuka pada 18 (Sabtu) hingga 19 Jun 2022 (Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Antara barisan produk-produk yang dijual dalam jualan gudang Machines ini adalah seperti unit demo jam pintar Apple Watch, iPad Mini, iPad Pro, iPhone 12, komputer meja iMac dan pellbagai aksesori lain.

Antara perkara yang anda perlu tahu tentang jualan gudang Machines ini adalah setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli 1 unit demo produk Apple sahaja.

Produk yang dibeli dari jualan gudang ini juga tidak boleh dikembalikan atau ditukar dan Machines hanya terima bayaran secara tunai atau kad debit/kredit sahaja.

Jadi, kepada para peminat barangan Apple dan mencari aksesori murah untuk produk Apple yang anda ada, bolehlah serbu ke jualan gudang Machines ini.

Untuk melihat senarai produk yang masih ada dalam jualan gudang ini boleh layari laman rasmi Machines Warehouse Clearance.

Sumber: Machine

Baca juga:
  • Tambang Percuma Untuk LRT, MRT Dan Semua Di Bawah RapidKL Mulai Hari
  • Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress