Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti

Digital Nasional Berhad (DNB) mengeluarkan kenyataan melalui Facebook mengesahkan tiga peranti baharu menyokong rangkaian 5G diselia mereka.

Tiga peranti tersebut ialah Samsung Galaxy Flip3, Galaxy Fold3 dan OPPO A77 5G. Dengan itu, ia menjumlahkan 83 peranti kesemuanya yang secara rasminya menggunakan liputan 5G di Malaysia.


Dalam hantaran yang sama, DNB menegaskan mereka tidak memberi kelulusan untuk sesebuah peranti menggunakan 5G tetapi menyediakan kemudahan untuk pengeluar telefon seperti Samsung, Apple dan lain-lain untuk menguji rangkaian tersebut termasuk di jalan raya.



Dengan ujian tersebut, pihak pengeluar boleh melakukan konfigurasi dan mengemas kini perisian peranti mereka untuk memastikan ia selari dengan rangkaian 5G tempatan.


Untuk perakuan dan kelulusan peranti 5G, ia masih tertakluk di bawah bidang kuasa SIRIM dengan garis panduan ditetapkan oleh  MCMC sama seperti peranti elektronik lain.



Baca juga: