Dalam acara pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini, Perdana Menteri mengumumkan satu perkara gembira untuk pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan sekitarnya.
Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini, 16 Jun 2022, bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Ini termasuklah MRT, LRT, Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
Kata PM lagi, Kerajaan memahami kesusahan rakyat dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang sedang diharuingi mereka.
Harapnya, ia dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat pada hari ini.
Gambar utama: Abdul Razak Latif