Cip Apple A18 dan Apple 18 Pro telah diumumkan Apple hari ini di mana masing-masing menguasakan siri iPhone 16 dan juga siri iPhone 16 Pro. Ini sekali gus menjadikan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus tampil dengan cip baharu, bukan lagi cip kitar semula.
Perkara ini selari dengan ura-ura terdahulu yang mana peranti iPhone 16 menggunakan cip serba baharu.
Cip Apple A18 hadir dengan 6 teras CPU dan menawarkan peningkatan 30% lebih pantas berbanding cip A16 Bionic. Tambahan lagi, ia mempunyai penggunaan tenaga 30% lebih rendah berbanding pendahulunya.
Selain itu, GPU hadir dengan 5 teras dan ia adalah 40% lebih pantas dan 35% lebih cekap tenaga. Disebabkan itu juga, ia menyokong ray-tracing dan boleh menjalankan permainan konsol terkini seperti Resident Evil Village.
Sementara cip Apple A18 Pro pula, ia sememangnya untuk model pro. Ia pun seperti A18, dibina dengan pemproses 3nm generasi kedua. Terdapat 6 teras CPU dengan 2 teras prestasi dan 4 teras efisien. Ia menawarkan perstasi CPU sebanyak 15% dan 20% penggunaan tenaga lebih rendah berbanding cip A17 Pro.
Bagi GPU cip ini pula, ia mempunyai 6 teras yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20%/
Tambahan lagi, ia juga hadir dengan ciri Advanced Media dan kemampuan AI juga lebih baik serta Apple mengatakan ia 2x ganda lebih pantas dan cekap tenaga berbanding pendahulunya.
Dengan ini, pengguna tidak rasa ketinggalan sekiranya memiliki model iPhone bukan pro.