Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp 2023

Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Ogos 11, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Mula diuji sejak Jun lalu, ciri log masuk multi-akaun dalam satu aplikasi WhatsApp kini mula dilepaskan kepada penguji beta terpilih.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Ciri Log Masuk Pelbagai Akaun Dalam Satu Peranti
  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Panggilan Video

Buat masa ini, ciri tersebut hanya tersedia kepada pengguna terpilih, dengan kemas kini WhatsApp beta untuk Android dalam versi 2.23.17.8.

Seperti dikongsi WABetaInfo, ciri ini membolehkan pengguna menambah akaun tambahan dalam aplikasi pemesejan itu. Ia boleh dilakukan melalui tetapan aplikasi dengan tekan pada ikon di sebelah butang kod QR.

Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi

Seterusnya, pengguna boleh menambah atau bertukar-tukar akaun yang dilog masuk. Difahamkan, akaun tersebut akan kekal pada peranti sehingga ia dilog keluar.

Dengan ciri ini, ia membantu pengguna untuk mengakses pelbagai akaun dalam satu aplikasi tanpa memerlukan peranti yang berbeza.

Ketika ini, ciri multi-akaun hanya tersedia kepada sebilangan penguji beta dan dijangka akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY