Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu ‘Save’ Nombor

WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu ‘Save’ Nombor

Diterbitkan Julai 18, 2023 · Dikemas kini Julai 18, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memudahkan pengguna menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor telefon dalam senarai kenalan.

Berkaitan

  • Cara Pautkan Akaun WhatsApp Ke Peranti Lain
  • Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'
  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp

Tidak perlu aplikasi pihak ketiga atau lain-lain, ciri baharu ini telah pun tersedia secara terbina dalam kemas kini terbaharu WhatsApp untuk iOS dan Android. Bagi mengetahui jika ia sudah tersedia di akaun WhatsApp anda atau sebaliknya, hanya perlu cari nombor telefon di senarai kenalan.

Secara spesifik, jika anda menggunakan WhatsApp untuk iOS, tekan pada ikon “New chat” dan masukkan nombor telefon berkenaan di bahagian bar carian.

WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu ‘Save’ Nombor

Kemudian anda boleh memulakan perbualan dengan klik pada “Chat” di sebelah nombor telefon yang terpapar. Pengguna Android juga boleh menggunakan langkah yang sama untuk mencari dan memulakan perbualan dengan nombor yang tidak disimpan.

Ciri ini sepatutnya sudah pun tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Namun, ia mungkin dilepaskan secara berperingkat.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY