Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp

WhatsApp telah memperkenal sejumlah ciri baharu untuk peranti Android dan iOS. Antaranya termasuk ciri suntingan mesej, memindahkan perbualan tanpa back up, satu akaun untuk pelbagai peranti, video mesej dan lain-lain.

{suggest}

Berikut disenaraikan antara ciri baharu yang sepatutnya sudah tersedia di aplikasi WhatsApp. Namun, tidak perlu khuatir bagi yang belum menerimanya, kerana WhatsApp kebiasaan akan melepaskan ciri baharu secara berperingkat.

1. Sunting Mesej


Melalui ciri edit atau sunting mesej, ia membolehkan pengguna menyunting mesej yang telah dihantar kepada penerima dengan cara hold atau tahan mesej yang telah dihantar dan pilih "Edit" di bahagian menu.



Ketika ini, tempoh suntingan adalah terhad kepada 15minit selepas mesej berkenaan dihantar. Sebagai tambahan, mesej yang telah disunting akan dipaparkan sebagai "disunting" atau "edited". Namun ia tidak menunjukkan sejarah suntingan.

2. Pindahkan 'chat' tanpa back up


Lebih memudahkan pengguna, WhatsApp telah memperkenal ciri memindahkan perbualan ke peranti baharu tanpa perlu back up atau sandaran di iCloud atau Google Drive.



Ciri pindahkan perbualan tanpa sandaran ini tersedia bagi peranti yang menjalankan sistem operasi yang sama, iaitu Android kepada Android atau iOS kepada iOS. Bagi mengetahui langkahnya, teruskan bacaan lanjut di SINI.

3. Kunci perbualan


Ciri chat lock atau kunci perbualan akan membenarkan penggguna mengunci perbualan tertentu, sama ada perbualan group atau individu.



Dengan ciri ini, perbualan yang dikunci akan disimpan dalam folder berasingan yang memerlukan kata laluan atau pengesahan biometrik untuk membukanya. Notifikasi juga tidak akan memaparkan nama pengirim atau kandungan mesej.

4. Mesej Video


Sama seperti Telegram, WhatsApp juga hadir dengan ciri mesej video. Berbanding video sedia ada, mesej video hanya boleh dirakam secara langsung, terhad kepada tempoh 60 saat.



Caranya, klik sekali pada ikon mikrofon dan ia akan bertukar kepada mesej video. Kemudian, hold atau tahan lama untuk rakam.

5. Satu akaun untuk pelbagai peranti


whatsapp companion mode ios

Dengan WhatsApp Companion, ia membolehkan sehingga 5 peranti berbeza menggunakan satu akaun WhatsApp dalam waktu yang sama.

Untuk mengetahui caranya, tekan di SINI.

6. Senyapkan panggilan nombor tidak dikenali


Ciri senyapkan panggilan nombor tidak dikenali turut tersedia untuk pengguna Android dan iOS.



Dengan mengaktifkan ciri ini, panggilan masuk dari nombor tidak dikenali tidak akan berdering pada peranti pengguna. Namun, ia masih dipaparkan dalam senarai panggilan.

Itu sahaja antara ciri baharu yang sudah tersedia di peranti Android dan iOS, setakat ini.

Berkaitan