Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SHARE SCREEN WHATSAPP

WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Panggilan Video

Diterbitkan Ogos 8, 2023 · Dikemas kini Ogos 8, 2023 oleh Amalina Athman

Mula diuji sejak Mei lalu, WhatsApp kini melancarkan ciri perkongsian skrin melalui panggilan video di aplikasi pemesejan itu.

Berkaitan

  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor
  • Ciri Mesej Video Tersedia Secara Rasmi Di WhatsApp

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna berkongsi dokumen kerja, melayari foto dengan keluarga, merancang percutian atau membeli-belah dalam talian bersama rakan, atau memberikan bantuan teknikal berkaitan peranti secara langsung.

Bagi mengetahui jika sudah tersedia atau sebaliknya, ikon “Share” akan terpapar di bahagian bar kawalan semasa membuat panggilan video. Jika klik pada ikon tersebut, satu pop-up akan muncul untuk memulakan perkongsian skrin.

WhatsApp kongsi skrin_b

Menurut WhatsApp, semua yang terpapar di skrin peranti, termasuk notifikasi akan dirakamkan ketika perkongsian skrin diaktifkan. Bagi mengelakkan notifikasi dilihat pada skrin, pengguna disaran untuk mengaktifkan ciri “Do Not Disturb” pada peranti.

Selain perkongsian skrin, WhatsApp turut menambah sokongan mod landskap untuk panggilan video di peranti mudah alih.

Sumber: Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY