Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp multi akaun

WhatsApp Uji Ciri Log Masuk Pelbagai Akaun Dalam Satu Peranti

Diterbitkan Jun 15, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, WhatsApp telah pun membenarkan penggunaan akaun yang sama pada lima peranti berbeza dalam satu waktu.

Terbaharu, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri yang membolehkan akses pelbagai akaun WhatsApp daripada peranti yang sama. Ciri ini telah pun tersedia melalui WhatsApp Business beta untuk kemas kini Android 2.23.13.5 di Google Play.

Berkaitan

  • WhatsApp Bolehkan Anda Guna Pada iPhone Dan Android Pada Masa Sama
  • WhatsApp Lancar 'Security Centre', 8 Ciri Untuk Tingkatkan Keselamatan Akaun WhatsApp Anda
  • WhatsApp Channel? Ini Maklumat Yang Anda Harus Tahu Tentangnya

Menerusi tangkap layar yang dikongsi WABetaInfo, ia memperlihat pengguna boleh memilih akaun untuk log masuk. Apabila melakukan log masuk akaun tambahan buat kali pertama, akaun tersebut akan disimpan pada peranti sehingga ia dilog keluar.

WhatsApp Uji Ciri Log Masuk Pelbagai Akaun Dalam Satu Peranti

Dengan integrasi ciri berbilang akaun ini, pengguna mempunyai keupayaan untuk menguruskan pelbagai akaun dalam satu aplikasi pada peranti utama.

Ketika ini, ia masih dalam pembangunan dan dijangka akan tersedia kepada lebih ramai penguji beta dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY