Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lockdown Mode_ Digital Threat Shield

Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna

Diterbitkan November 8, 2026 · Dikemas kini November 8, 2026 oleh Amalina Athman

Susulan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan siber sejak kebelakangan ini, terdapat perkongsian di media sosial yang menggesa pengguna iPhone untuk mengaktifkan ciri Lockdown Mode sebagai langkah perlindungan tambahan.

Bagaimanapun, ciri ini bukan sesuatu yang perlu diaktifkan oleh semua pengguna.

Apa Itu Lockdown Mode?

Diperkenalkan bersama iOS 16, Lockdown Mode merupakan ciri keselamatan pilihan yang menawarkan perlindungan ekstrem pada peranti Apple bagi mengurangkan ruang serangan (attack surface) yang boleh dieksploitasi oleh penyerang, termasuk pengendali spyware yang menyasarkan individu tertentu.

Apabila diaktifkan, beberapa fungsi akan dihadkan. Antaranya, kebanyakan jenis lampiran dalam Messages akan disekat, manakala teknologi web tertentu dalam Safari tidak lagi tersedia. Kesannya, sesetengah laman web mungkin mengambil masa lebih lama untuk dimuatkan atau tidak berfungsi dengan sempurna.

Panggilan FaceTime daripada individu yang belum pernah dihubungi dalam tempoh 30 hari sebelumnya turut disekat. Ciri seperti SharePlay, Live Photos dan Shared Albums juga tidak tersedia seperti biasa.

Selain itu, iPhone tidak akan disambungkan secara automatik kepada rangkaian Wi-Fi tidak selamat dan akan terputus daripada rangkaian sedemikian apabila Lockdown Mode diaktifkan. Sokongan rangkaian mudah alih 2G dan 3G turut dimatikan.

Bagaimanapun, panggilan telefon biasa, SMS dan ciri kecemasan seperti Emergency SOS masih boleh digunakan.

Siapa Yang Perlu Aktifkan?

Menurut Apple, Lockdown Mode direka khusus untuk sebilangan kecil individu yang berisiko menjadi sasaran serangan siber sangat canggih disebabkan identiti atau pekerjaan mereka. Antara golongan yang berisiko termasuk wartawan, aktivis, ahli politik dan individu berprofil tinggi yang berkemungkinan menjadi sasaran spyware tertentu.

Apple turut menjelaskan bahawa kebanyakan orang tidak akan menjadi sasaran serangan seumpama ini. Oleh itu, pengguna biasa tidak semestinya perlu mengaktifkan ciri ini hanya kerana bimbang dengan perkembangan keselamatan siber semasa.

Situasi Keselamatan Siber Di Malaysia

Untuk konteks, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah menaikkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) daripada Rendah kepada Sederhana pada 4 November lalu sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa.

Walaupun begitu, NACSA menegaskan situasi keselamatan siber negara masih dalam keadaan terkawal, dengan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) terus memantau perkembangan semasa.

Peningkatan tahap ancaman siber negara ini tidak bermaksud setiap pengguna telefon pintar sedang menjadi sasaran serangan canggih yang memerlukan perlindungan seperti Lockdown Mode.

Sebaliknya, bagi kebanyakan pengguna, langkah lebih relevan ialah memastikan peranti sentiasa dikemas kini, mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) untuk akaun penting serta berhati-hati dengan pautan dan lampiran mencurigakan.

Cara Aktifkan Lockdown Mode Pada iPhone

Sekiranya anda mempunyai risiko munasabah untuk menjadi sasaran serangan siber canggih, ciri ini boleh diaktifkan melalui langkah di bawah.

Cara aktifkan Lockdown Mode (Jika Perlu)

  1. Di bahagian Settings, pilih "Privacy & Security". Di bahagian Settings, pilih "Privacy & Security".
  2. Tatal ke bawah dan pilih "Lockdown Mode". Tatal ke bawah dan pilih "Lockdown Mode".
  3. Tekan "Turn On Lockdown Mode". Tekan "Turn On Lockdown Mode".
  4. Pilih "Turn On Lockdown Mode" dan masukkan kod laluan peranti apabila diminta. Pilih "Turn On Lockdown Mode" dan masukkan kod laluan peranti apabila diminta.

Apple menyarankan pengguna mengemas kini semua peranti kepada versi perisian terkini sebelum mengaktifkan ciri ini bagi mendapatkan perlindungan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Lockdown Mode dan perlindungan yang ditawarkannya, pengguna boleh merujuk panduan rasmi Apple.

Kesimpulannya, Lockdown Mode sememangnya menawarkan lapisan perlindungan tambahan, tetapi bukan ciri yang perlu diaktifkan oleh semua pengguna. Apa yang lebih penting ialah memahami risiko keselamatan yang dihadapi dan mengambil langkah perlindungan yang bersesuaian.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Tak Lagi Guna PIN 6 Digit Untuk 2FA, Kini Guna Kata Laluan Penuh
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY