Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cybersecurity Shield Over City Lights

Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana

Diterbitkan November 4, 2026 · Dikemas kini November 4, 2026 oleh Amalina Athman

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) daripada Rendah kepada Sederhana sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa.

Dalam kenyataan hari ini, MKN memaklumkan langkah itu bagi memastikan perkhidmatan penting negara terus dilindungi daripada sebarang kemungkinan gangguan.

Seiring dengan langkah tersebut, NACSA turut memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan keselamatan siber menerusi mesyuarat bersama ketua sektor dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).

Hasil mesyuarat itu, semua entiti NCII ditetapkan untuk melaksanakan sembilan tindakan kesiapsiagaan keselamatan siber. Antaranya termasuk pemantauan 24 jam, tampalan sistem, pengesahan pelbagai faktor dan pengemaskinian Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.

Ketua sektor NCII juga perlu mengemukakan laporan status ancaman kepada NACSA setiap minggu.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI (MKN, JPM)

KESIAPSIAGAAN NEGARA DIPERKUKUH, SITUASI KESELAMATAN KEKAL TERKAWAL#MalaysiaMadani#TaatSetia#PemikiranStrategikPuncaKemenangan#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama pic.twitter.com/1pazmPSVy6

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) November 4, 2026

Selain itu, NACSA menerusi Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) akan terus melaksanakan tiga tugas utama, iaitu mengeluarkan amaran dan nasihat keselamatan siber, pengukuhan keupayaan pengesanan dan penilaian ancaman, serta pemantauan keselamatan siber terhadap entiti NCII dan agensi kerajaan.

Sepanjang Oktober 2026, NC4 telah mengeluarkan lapan amaran dan nasihat keselamatan siber berkaitan kerentanan yang memberi impak kepada entiti NCII dan agensi kerajaan.

Dalam pada itu, MKN memaklumkan pihaknya kekal komited dalam memastikan keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara terus terpelihara melalui langkah kesiapsiagaan yang menyeluruh, bersepadu dan berterusan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MyCERT: Scam "Bantuan TnG" Menyamar Sebagai TNG Digital, Sasar Ambil Alih Akaun Telegram
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY