Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi bakal kembali pada tahun ini untuk edisi ke-17 nya menerusi LlMA ‘25.
Pameran antarabangsa ini akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun ini yang bakal menampilkan inovasi dan teknologi-teknologi terkini dalam industri penerbangan dan maritim serta sudah tentunya pertunjukkan udara dan maritim yang akan memukau pengunjung.
Tiket pameran itu sudah pun mula dijual yang boleh dibeli dari laman rasmi LIMA 2025 yang berharga dari RM15.
Untuk edisi kali ini, LIMA ’25 akan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.
LIMA ’25 merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) dengan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC).
{suggest}
Sumber: Astro Awani