Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron Dilarang Diterbangkan Di Langkawi Bermula Hari Ini Sempena LIMA 23 – CAAM

Dron Dilarang Diterbangkan Di Langkawi Bermula Hari Ini Sempena LIMA 23 – CAAM

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung tidak lama lagi, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan notis larangan terhadap aktiviti menerbangkan dron di seluruh Pulau Langkawi.

Larangan itu berkuat kuasa dari 18 hingga 27 Mei 2023.

CAAM menyatakan bahawa larangan itu adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi sepanjang tempoh tersebut.

LIMA 23 dijadualkan akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2023.

Untuk dari 23 hingga 25 Mei 2023, pameran dibuka khusus untuk pelawat perniagaan.

Lawatan untuk pelawat awam pula akan dibuka dari 26 hingga 27 Mei 2023 dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Harga tiket bagi memasuki pameran LIMA’23 adalah berharga RM30 seorang untuk lawatan 1 hari.

Berkaitan

  • ROG Phone 7 Ultimate Cemerlang Dalam Ujian Ketahanan
  • Logitech Umum Kerjasama Dengan iFixit, Sokong Baik Pulih Kendiri
  • Isu 'Scalper', SKMM Diarah Ambil Tindakan Terhadap Iklan Tiket Coldplay Yang Dijual Semula

Sumber: CAAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY