Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leo flight

LEO Flight Tayang 2 Model Kereta Terbang Di CES 2025, Harga Bermula ~RM450,000

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh ariff bukhari

LEO Flight di CES 2025 telah pun menayangkan 2 model terbaru kereta terbang ciptaan mereka, iaitu LEO Coupe dan LEO Solo.

LEO Coupe merupakan model kereta terbang mewah dengan dua tempat duduk yang menggabungkan kelajuan untuk perjalanan antara bandar yang hadir dalam reka bentuk premium

LEO Flight menyatakan, Coupe disasarkan untuk dilancarkan pada tahun 2027/2028 di bawah garis panduan FAA MOSAIC, di mana ia hanya memerlukan 20 jam latihan penerbangan untuk membolehkan anda layak menerbangkannya.

Antara ciri utama LEO Coupe adalah ia mampu terbang selaju 200 batu/j (321km/j) dengan julat sejauh 250 batu (402km).

LEO Coupe
LEO Coupe, mobiliti masa depan peribadi yang premium dipacu oleh enjin jet berkuasa elektrik sepenuhnya yang boleh berlepas dan mendarat seperti helikopter.

Model LEO Solo pula adalah eVTOL rekreasi satu tempat duduk yang direka untuk pengembaraan dan kemudahan.

LEO Flight menyatakan, LEO Solo mematuhi peraturan ultraringan FAA Bahagian 103, membolehkan pemandunya terbang tanpa lesen juruterbang.

Dengan pembiayaan penuh, LEO Solo dijadualkan untuk pengeluaran pada akhir 2025.

LEO Solo
LEO Solo mampu terbang selaju 101km/j (63 batu/j) dengan julat 32 km (20 batu).

Harga jualan bagi model LEO Solo berdasarkan harga projek ditetapkan berharga USD99,999 (~RM450,000).

Manakala, LEO Coupe pula berdasarkan harga projek ditetapkan, USD459,900 (~RM2.07 juta).

Berkaitan

  • Kereta Terbang Berharga RM1.4 Juta Ini Sudah Terima Hampir 3,000 Tempahan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kereta Terbang Modular Xpeng Berharga ~RM1.2 Juta Sudah Terima Lebih 2,000 Tempahan

Sumber: LEO Flight

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY