Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alef – a real flying car model parked near a house

Kereta Terbang Berharga RM1.4 Juta Ini Sudah Terima Hampir 3,000 Tempahan

Diterbitkan Mac 5, 2024 · Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh ariff bukhari

Alef Aeronautics, firma kereta terbang yang disokong SpaceX berkata, mereka telah mencapai 2,850 prapesanan untuk kereta terbang mereka.

“Setakat hari ini kami mempunyai lebih sedikit daripada 2,850 prapesanan dengan deposit menurun, yang menjadikannya pesawat terlaris dalam sejarah, lebih daripada gabungan Boeing, Airbus, Joby Aviation dan kebanyakan eVTOL [kenderaan berlepas dan mendarat menegak elektrik],” Ketua Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny, ketika bercalap kepada CNBC.

Alef Model A open doors 4K

Kereta terbang dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak yang dikuasakan elektrik ini telah pun menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Kereta terbang ini yang dijual pada harga $300,000 (~RM1.4 juta) dilengkapi 2 tempat duduk termasuk pemandu dan hanya seberat 385kg.

Alef Model A seats

Hanya dikenali sebagai “Model A”, kereta terbang elektrik sepenuhnya ini (dengan pilihan hidrogen untuk harga yang lebih tinggi) ialah kenderaan berkelajuan rendah yang boleh dipandu sehingga 200 batu (~321km) di jalan awam.

Untuk memandu di jalan raya, kereta ini menggunakan empat enjin kecil pada setiap roda, dan akan boleh dipandu sama seperti kereta elektrik biasa yang dihadkan kelajuannya kelajuan antara 40km/j hingga 56km/j.

Alef Top View

Untuk membolehkannya terbang di udara pula, ia dilengkapi dengan 8 kipas di hadapan dan belakang kereta, yang berputar secara bebas pada kelajuan berbeza untuk membolehkannya terbang ke mana-mana arah.

Ia boleh dilancarkan secara menegak ke udara dengan jarak terbang sejauh 110 batu (~177km), menurut Alef Aeronautics.

Alef Aeronautics merancang untuk memulakan pengeluaran dan penghantaran pertama Model A kepada pelanggan pada suku ke-4 tahun 2025 nanti.

Sumber: CNBC, Alef

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Adalah e-Basikal 5G Pertama Di Dunia Dengan Ciri AI Elak Kemalangan
  • Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699
  • JPJ Perkenal Sistem Ujian Memandu Tanpa Pegawai Dalam Kenderaan Bermula April

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY