Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lazada 2025

Lazada Naikkan Kadar Komisen Mulai 18 Julai Ini

Diterbitkan Julai 4, 2025 ยท Dikemas kini Julai 4, 2025 oleh Amalina Athman

Lazada kini mengumumkan semakan semula kadar komisen untuk semua penjual di platform Marketplace dan LazMall, berkuat kuasa 18 Julai 2025.

Kadar baharu ini akan berbeza mengikut kategori produk yang dijual, selain turut disertakan pelbagai faedah tambahan untuk penjual.

Lazada Naikkan Kadar Komisen Mulai 18 Julai Ini

Antaranya termasuk penghantaran percuma untuk semua pembeli, baucar platform harian tanpa caj tambahan serta program LazCoins asas yang boleh digunakan untuk menawarkan lebih banyak diskaun kepada pembeli.

Penjual juga tidak lagi dikenakan yuran sokongan platform, selain mendapat akses kepada ciri seperti baucar yang boleh digabungkan, penghantaran lebih pantas menerusi Priority Delivery serta pelbagai penambahbaikan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti Lazzie Seller, LazChat dan Smart Listing.

manfaat komisen lazada baharu_

Penjual baharu di Marketplace Lazada akan diberikan pengecualian komisen selama 120 hari pertama selepas mendaftar di platform. Caj komisen hanya akan mula dikenakan selepas hari ke-121. Semua caj komisen turut tertakluk kepada 8% SST yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Mac 2024.

Bagi penjual baharu di Marketplace Lazada, pengecualian komisen diberikan selama 120 hari pertama selepas mendaftar. Caj komisen hanya akan dikenakan bermula hari ke-121. Semua caj komisen ini turut tertakluk kepada 8% SST yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Mac 2024.

Selain penjual Marketplace, semakan semula kadar komisen turut melibatkan penjual dan jenama tempatan di LazMall, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Lazada Naikkan Kadar Komisen Mulai 18 Julai Ini

Maklumat lanjut mengenai kadar komisen mengikut kategori dan subkategori boleh dirujuk di platform rasmi Lazada.

Berkaitan

  • Lazada Lancar AI Dikuasakan ChatGPT Supaya Anda Berbelanja Dengan Lebih Bijak
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 - Berkuat Kuasa 16 Julai
  • TikTok Shop Bagi 30 Hari Untuk Pulangkan Barang, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY