Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater

Lazada Lancar AI Dikuasakan ChatGPT Supaya Anda Berbelanja Dengan Lebih Bijak

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

Lazada memperkenalkan AI Lazzie, pembantu beli-belah pintar yang dikuasakan oleh ChatGPT dari OpenAI.

Lazada berkata, dengan AI Lazzie mereka  menawarkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan dan mesra bajet.

AI Lazzie kini boleh diakses melalui Message+ di aplikasi Lazada di mana ia akan menyarankan produk berdasarkan pilihan dan sejarah pembelian pengguna, serta mengumpulkan tawaran dan diskaun eksklusif.

Selain itu, AI Lazzie menyediakan bantuan ulasan produk, perbandingan harga, dan menghubungkan pengguna dengan sokongan pelanggan.

AI Lazzie turut memberi petua harian, inspirasi kreatif, dan mesej ucapan khas, menjadikan pengalaman membeli-belah di Lazada lebih menarik dan interaktif.

IMG 3
Pastikan anda mengemaskini aplikasi Lazada untuk meneroka AI Lazzie di Message+.
IMG 2
IMG 1

Lazada memaklumkan, pada jualan 11.11 nanti, pengguna boleh menyertai kuiz “What’s Your Spirit Animal?” untuk mendapatkan kod khas yang boleh digunakan pada Message+ untuk ganjaran LazCash dan menikmati pembelian dengan lebih bijak.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Pengguna Di Malaysia Mula Terima Ciri "AI Overviews in Search"
  • Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Terima Siri vivo X200, Bakal Dilancar Bulan Ini

Sumber: Siaran media Lazada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY