Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Lampu Isyarat Putrajaya Akan Beralih Kepada Sistem Berasaskan AI

Diterbitkan Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Perbadanan Putrajaya kini sedang menaik taraf sistem pengurusan trafik di kawasan itu kepada teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Fasa pertama, yang melibatkan pengujian Kebolehsanaan Teknologi (POC), telah selesai dijalankan di Lebuh Wawasan, Persiaran Timur – Jln P14 dan Persiaran Perdana.

Kini, Putrajaya berada dalam fasa peralihan yang melibatkan penggantian peralatan di persimpangan lampu isyarat. Sistem ini akan mengambil sedikit masa untuk mempelajari dan mengintegrasikan koordinasi laluan hijau (green wave).

sistem lampu isyarat AI Putrajaya_1

Bagi fasa ketiga yang akan datang, sebanyak 140 persimpangan lampu isyarat akan dinaik taraf kepada Sistem Lampu Isyarat Pintar AI Baharu untuk pengurusan trafik lebih lancar.

Menurut Perbadanan Putrajaya, sistem ini akan dilengkapi kamera analisis video bagi mengesan jenis dan jumlah kenderaan serta mengukur panjang barisan menunggu dengan tepat.

Selain itu, sistem berasaskan AI ini juga akan menghubungkan persimpangan berdekatan untuk mewujudkan aliran trafik tanpa henti melalui koordinasi ‘green wave’, serta menyesuaikan masa lampu hijau berdasarkan trafik semasa dan meramal corak trafik.

sistem lampu isyarat AI Putrajaya_2

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Pusat Teknologi Geosains PETRONAS Bakal Dibangunkan Di Putrajaya
  • Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes "Ber-Wolbachia" Bagi Perangi Denggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY