Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes “Ber-Wolbachia” Bagi Perangi Denggi

Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes “Ber-Wolbachia” Bagi Perangi Denggi

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Perbadanan Putraja telah melepaskan sebanyak 65,000 nyamuk Aedes “Ber-Wolbachia” di Apartment Perumahan Penjawat Awam Fasa 18R12 dan 18R13, Presint 18, Putrajaya sebagai usaha berterusan mengekang penularan denggi.

Pelepasan nyamuk ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan WP Putrajaya bersama Presiden PPj dan TSUB Seksyen Pengurusan Kuarters BPH.

Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes “Ber-Wolbachia” Bagi Perangi Denggi

Nyamuk Aedes Ber-Wolbachia merupakan nyamuk yang disuntik dengan bakteria Wolbachia — satu teknologi kawalan biologi yang terbukti selamat untuk manusia dan alam sekitar.

Apabila dilepaskan ke persekitaran, nyamuk ini bertujuan menggantikan populasi Aedes liar.

Hasilnya, nyamuk Ber-Wolbachia tidak mampu menyebarkan penyakit seperti demam denggi, Chikungunya, Zika dan Yellow Fever, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.

Usaha ini selari dengan trend positif di Putrajaya, yang merekodkan penurunan kes denggi sebanyak 60.8% berbanding tempoh sama pada tahun 2024.

Inisiatif ini dijangka terus mengukuhkan perlindungan komuniti daripada penyakit bawaan nyamuk.

Berkaitan

  • China Gabungkan Teknologi Laser Dan LiDAR Untuk Bunuh Nyamuk
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kalkulator Takkan Pupus Walaupun Di Era AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY