Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta elektrik xiaomi ev lei jun

Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi ‘Top 5’

Diterbitkan Disember 8, 2022 · Dikemas kini Disember 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

CEO Xiaomi Lei Jun meletakkan sasaran bahawa syarikat itu perlu mengeluarkan lebih daripada 10 juta unit kenderaan elektrik setahun jika mahu berada dalam 5 teratas.

Untuk makluman, Xiaomi sudah mula menceburkan dalam arena kereta elektrik sejak 2021 namun tidak banyak kemas kini diuar-uarkan selepas persidangan dengan para pelabur.

Namun, Lei Jun sudah memberitahu pada dunia bahawa kereta pertama mereka dijangka akan mula dipasarkan mulai 2024.

Gambar kereta elektrik dipercayai produk Xiaomi sedang diuji di jalan raya juga dimuat naik di internet. Ia hadir dalam bentuk sedan dengan rekaan sedikit sporty.

kereta elektrik xiaomi ev lei jun 1

Bukan itu saja, didapati juga trak buatan Rivian di Xiaomi Park.

Media China melaporkan bahawa prototaip kereta elektrik mereka yang dirujuk sebagai MS11 dilengkapi teknologi pengecasan 800V dan penjana kuasa 260kW.

Dalam rajutan twit Lei Jun, dia melihat ‘inti pati’ industri kereta elektrik akan beralih daripada mekanikal kepada barangan elektronik pengguna di mana pasarannya sangat tepu dengan nama-nama besar.

Berkaitan

  • Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini
  • Kereta Elektrik Gabungan Teknologi Honda Dan Sony Akan Diperkenal 3 Tahun Lagi
  • Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini
  • Xiaomi Akan Pamer Prototaip Kereta Elektrik Pertama Pada Penghujung 2022
  • Projek Kereta Elektrik Xiaomi Alami Kesukaran Terima Kelulusan Lesen
  • 2 Kereta Elektrik Geely Gunakan HarmonyOS
  • Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun

Salah satu faktornya ialah kerana threshold EV sudah jatuh mendadak beberapa tahun ini termasuklah kos bateri yang menurun 80% dalam masa 10 tahun

Malah, ada kemungkinan harga bateri akan turun lagi pada masa akan datang,

Lei Jun juga percaya 5 jenama besar akan mendominasi lebih 80% pegangan pasaran apabila industri EV sudah matang. Disebabkan inilah Lei Jun mahu Xiaomi mengeluarkan 10 juta unit setahun untuk menyertai kedudukan 5 teratas tersebut.
Pada bulan Julai lepas, kami sudah berkongsi tentang laporan mengatakan bahawa projek kereta elektrik ini menghadapi kesukaran mendapatkan kelulusan daripada kerajaan China.

Sumber: Lei Jun, Car News China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY