Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Car

Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Februari 27, 2021 ยท Dikemas kini Februari 27, 2021 oleh Helmi Samsuri

Sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat keatas Huawei banyak memberi kesan kepada gergasi teknologi dari China itu, terutama sekali pada pasaran telefon pintar.

Jika sebelum ini ada laporan bahawa ia bakal mengorak langkah dengan pembangunan teknologi kecerdasan buatan bagi penternakan khinzir, kini Huawei dikatakan bakal memperkenalkan kenderaan elektrik tersendiri. Berkemungkinan pengenalannya dibuat sebelum tahun 2021 berakhir.

Richard Yu yang juga Ketua Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei disebut mula beralih fokus kepada kenderaan elektrik. Menambah rencah kepada desas-desus ini, Huawei turut dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat berkaitan kenderaan.

Antara yang dikaitkan adalah Changan Automobile, BluePark New Energy Technology dan beberapa pengeluar automotif lain. Rancangannya adalah untuk menggunakan fasiliti syarikat berkenaan dalam membangunkan kenderaan elektrik jenama Huawei.

Walaupun begitu, jurucakap Huawei menafikan ura-ura pembangunan kenderaan elektrik jenama sendiri. Jelasnya, Huawei bukanlah pengeluar kereta tetapi menyatakan dengan kepakaran teknologi, mereka boleh membantu pengeluar peralatan asal (OEM) dalam membangunkan kenderaan yang lebih baik.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY