Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela

CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela

Diterbitkan Januari 5, 2023 · Dikemas kini Januari 5, 2023 oleh Amalina Athman

Sony dan Honda melalui kerjasama Sony Honda Mobility (SHM) kini memperlihatkan konsep atau prototaip kenderaan elektrik (EV) baharu yang dinamakan sebagai Afeela, ketika pembentangan Sony di CES 2023.

Berkaitan

  • Sony Sahkan Kerjasama Dengan Honda Untuk Bina Kenderaan Elektrik
  • Sony Dan Honda Sasar Jualan Kereta Elektrik Pada 2026

CEO SHM, Yasuhide Mizuno berkata kereta itu akan memanfaatkan pengalaman Sony dengan AI, hiburan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) bagi menawarkan EV yang lebih unik.

CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela

Menurut SHM, konsep yang digunakan oleh Afeela adalah berdasarkan 3A (Autonomy, Augmentation, Affinity). Dinyatakan, pihaknya merancang untuk menggunakan casis digital daripada pembuat perkakasan Qualcomm Technologies.

CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela

Afeela dilengkapi dengan sejumlah 45 kamera dan sensor di dalam dan luar kenderaan. Dengan kamera dalam kereta dan sensor Time-of-Flight (ToF), ia mampu mengesan pemandu dan situasi kereta bagi membantu mengelakkan kemalangan.

Prototaip yang dibentangkan itu diperlihatkan dengan sedan yang mempunyai “Media Bar” yang akan memaparkan maklumat pengecasan dan kenderaan yang berkaitan, bumbung hitam berkilat dan sebagainya. Beberapa pemerhati turut memberikan pandangan bahawa prototaip Afeela kelihatan seperti gabungan antara Porsche 911 dan Lucid Air.

SHM menjelaskan pihaknya akan membangunkan model pengeluaran berdasarkan prototaip ini, dan merancang untuk menerima pra-tempah pada separuh pertama 2025, serta memulakan jualan menjelang akhir 2025, dengan penghantaran bermula di Amerika Utara pada 2026.

EV baharu itu dijangka akan bersaing dengan pembuat kereta premium lain, seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo dan Audi.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY