Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta elektrik xiaomi

Projek Kereta Elektrik Xiaomi Alami Kesukaran Terima Kelulusan Lesen

Diterbitkan Julai 29, 2022 · Dikemas kini Julai 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Xiaomi memperkenalkan projek kereta elektrik syarikat itu pada bulan Mac 2021, dengan pelaburan awal sehingga $1.5 bilion (~RM6.7 bilion).

Bagaimanapun, projek ini sedang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelulusan lesen dari pihak berkuasa.

National Development and Reform Commission China masih belum bersetuju untuk memberi lesen yang telah dipohon Xiaomi berbulan yang lalu.

Dikatakan Xiaomi sudah bersedia untuk mendedahkan prototaip kereta elektriknya yang pertama bulan hadapan.

Xiaomi turut sudah mengumumkan pelaburan sehingga $10 bilion (~RM44.5 bilion) untuk 10 tahun akan datang dalam industri EV.

Menurut Bloomberg, sebab di sebalik kelewatan dalam kelulusan lesen Xiaomi adalah penelitian China yang lebih ketat terhadap sektor EV selepas beberapa kes kebankrapan.

Kereta elektrik Xiaomi dilaporkan dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2024.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY