Kyuubi Terlepas Dikatakan Menjadi Punca Kejadian Aneh Yang Berlaku Di Jepun

Pasti semua mengetahui animasi Jepun popular, Naruto bukan? Dalam anime tersebut, terdapat satu watak iaitu Kurama, seekor kyuubi atau musang berekor sembilan dan mempunyai kuasa yang sangat kuat.

Tetapi artikel ini bukan hendak bercerita tentang anime tetapi kejadian sebenar yang berlaku di Jepun. Di sana, penduduk mereka mempercayai legenda semangat musang berekor sembilan (kyuubi) ini.

Di Gunung Nasu, terdapat satu batu besar yang dinamakan sebagai Sesshoseki atau "Batu Pembunuh" yang dipercayai telah mengunci semangat kyuubi dalam batu tersebut selama 1,000 tahun.



Menurut Lillian, ketika beliau sampai di Sesshoseki berseorangan, batu tersebut telah pun terbelah dua. Perkara ini dikongsikan di laman Twitter dan diulang ciap sebanyak 183.8 ribu kali serta mendapat banyak perhatian warganet. Ada juga yang mengatakan ini adalah punca berlakunya kejadian aneh di Jepun.

Ada juga yang berpendapat bahawa semangat kyuubi ini telah terlepas sejak bulan Februari lagi dengan berkongsi gambar awan yang membentuk seakan-akan semangat tersebut di atas Gunung Fuji.

https://twitter.com/hanzoususi/status/1500117196219232258?s=20&t=3af244WCq2C-Tcj2n6B0Zg

Menurut legenda penduduk tempatan, semangat kyuubi yang dikunci pada batu tersebut adalah Tamamo-no-Mae, yang merupakan kitsune yang terkuat dalam mitos Jepun.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa cerita tentang kyuubi ini di serata Asia sehingga ke China yang mana kyuubi ini telah menyerupai Da Ji, seorang tunasusila di China. Kemudian cerita ini kyubii ini bangkit semula di Jepun sebagai hamba kegemaran Maharaja Toba, maharaja ke-74 Jepun.



Walau bagaimanapun, penduduk yang tinggal berdekatan pula menganggap bahawa batu tersebut terbelah dua bukan sebab yang dramatik. Malah ia berpunca daripada rekahan pada batu tersebut yang semakin merekah sehingga menyebabkan ia terbelah.

"Agak mengecewakan juga batu itu telah terbelah kerana ia telah menjadi salah satu tarikan pelancong ke sini" tambah mereka lagi.

Selain menjadi cerita dan kepercayaan legenda, kyuubi ini juga popular dan sering digunakan sebagai motif untuk seni tradisional ukiran kayu di Jepun.

Sumber: Insider

Baca juga: