Manusia Pertama Yang Terima Jantung Khinzir Disahkan Meninggal Dunia

Pada 7 Januari 2022, seorang lelaki berumur 57 tahun bernama David Bennett telah menerima jantung khinzir yang diubah suai secara genetik. Beliau sebelumnya menghadapi masalah penyakit jantung tidak dapat menerima pemindahan jantung konvensional atas sebab-sebab tertentu.

Transplan tersebut berjaya dan Bennett merupakan manusia pertama yang menerima jantung diubah suai secara genetik tersebut. Sebelum pemindahan lagi, beliau juga sedia maklum tentang risiko prosedur tersebut memandangkan ia bersifat eksperimental.

Surgeons perform pig heart transplant in Baltimore Kapsyen: Dr. Muhammad Mohiuddin melaksanakan pembedahan pada tubuh Bennett -Reuters


Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan dari Universiti of Maryland dan Bennett juga menghembuskan nafas akhirnya di sana selepas 2 bulan menerima jantung baharu.

Keadaan kesihatan Bennett dikatakan mula teruk sejak beberapa hari lepas. Bennett bagaimanapun sempat mengucapkan selamat tinggal pada ahli keluarganya sebelum meninggal dunia.

BBC News graphic showing processes involved in using genetically modified pig organs in humans

Walaupun hanya mampu meneruskan kehidupan dalam masa singkat, anaknya berkata pemindahan tersebut ialah sebuah keajaiban dan berharap ia memberi harapan baharu untuk bidang perubatan.

Secara anatomi, khinzir mempunyai banyak persamaan dengan manusia. Dengan beberapa pengubahsuaian genetik, saintis percaya pemindahan organ haiwan ke manusia, xenotransplantation akan menyelesaikan masalah bekalan organ yang dihadapi sekarang.

Sumber: BBC

Baca juga: