Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro_Asherdipps

Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone 17 Akan Dilengkapi Sistem Penyejukan ‘Vapor Chamber’

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Model iPhone 17 Pro bakal dilengkapi teknologi penyejukan ‘vapor chamber’ bagi meningkatkan keupayaan penyerapan haba dan prestasi keseluruhan peranti, menurut peniris dari China yang dikenali sebagai Instant Digital.

Seperti diketahui, teknologi VC atau penyejukan ruang wap sudah pun menjadi kebiasaan dalam kebanyakan peranti Android kelas andalan. Dengan menyebarkan haba secara menyeluruh ke kawasan permukaan yang lebih luas, ia membantu mengelakkan thermal throttling serta mengekalkan prestasi yang stabil.

Khabar angin mengenai iPhone 17 yang bakal dilengkapi teknologi VC bukanlah sesuatu yang baharu. Pada Januari lalu, MyDrivers melaporkan bahawa semua model iPhone 17 akan menggunakan teknologi ini.

Namun begitu, Instant Digital sebaliknya mendakwa bahawa teknologi ini hanya akan disertakan dalam model iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max, yang dijangka dikuasakan cip A19 Pro.

..dan dengan pengurusan haba A19 Pro yang lebih baik, peranti ini mampu mengekalkan prestasi tinggi di bawah beban kerja berat dengan throttling yang minimum. 

Dalam hantaran berasingan di Weibo, Instant Digital turut menepis khabar angin mengenai sebarang perubahan pada bahagian hadapan iPhone 17. Menurutnya, peningkatan tahun ini lebih tertumpu pada komponen dalaman dan bahagian belakang, manakala saiz takuk dan bezel dijangka tidak berubah.

Sebagai rujukan, pada Ogos tahun lepas, penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa hanya iPhone 17 Pro Max akan menerima ciri ini secara eksklusif.

Dengan pelbagai laporan yang bertentangan, masih belum dapat dipastikan model mana yang bakal dilengkapi dengan sistem VC. Namun, sekurang-kurangnya satu daripadanya dijangka menyertakan teknologi ini.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • iPhone 17 Dijangka Terima Naik Taraf Sistem Penyejukan
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza
  • iPhone 17 Pro Max Mungkin Lebih Tebal Berbanding iPhone 16 Pro Max

Sumber: MacRumors

Gambar utama: konsep iPhone 17 Pro/X @asherdipps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY