Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KITS ktmb mobile

KTMB Mobile Tidak Lagi Akan Ditawarkan Di Stor Aplikasi

Diterbitkan Disember 12, 2025 · Dikemas kini Disember 12, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna tegar aplikasi KTMB Mobile bagi membeli tiket tren ETS ataupun komuter, anda disyorkan supaya segera beralih kepada aplikasi baharu yang telah dilancarkan oleh pihak KTMB iaitu KITS Style.

Ini kerana KTMB sudah pun mula memaklumkan menerusi notifikasi bahawa mereka akan menghentikan penawaran aplikasi KTMB Mobile di semua stor aplikasi.

WhatsApp Image 2025-12-12 at 12.11.52

Jadi, ini bermakna kemungkinan pembelian tiket tren dan penebusan mata ganjaran di aplikasi KTMB Mobile tidak lagi boleh dibuat.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan isu pembelian tiket, anda disyorkan untuk segera beralih kepada aplikasi KITS Style.

KITS STYLE

Dengan KITS Style, anda bukan sahaja boleh membeli tiket tren ETS dan komuter sahaja, tetapi juga boleh:

  • merancang perjalanan berasaskan teknologi AI
  • tempah penerbangan, hotel, tempat menarik & kereta sewa
  • Kad Prabayar KITS Style Mastercard (digital)
  • Program ganjaran eksklusif Rail Rewards
  • Bayar insurans & bil utiliti
  • pindah wang, tambah nilai & dan tawaran gaya hidup eksklusif

Aplikasi KITS Style kini tersedia untuk dimuat turun dari App Store, Google Play atau AppGallery secara percuma.

Jadi, sekiranya mata ganjaran di aplikasi KTMB Mobile masih belum diguna, anda disyorkan segera menghabiskannya.

Mata ganjaran terkumpul di KTMB Mobile tidak boleh dipindahkan ke aplikasi KITS Style, maka sebaiknya anda tebus dan habiskannya segera seperti untuk pembelian tiket Komuter/ETS dan lain-lain.

Berkaitan

  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • ETS ke JB Sentral Bermula 12 Disember, Diskaun 30% Untuk Laluan Selatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY