Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KITS ktmb mobile

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Ganjaran ‘Rail Rewards’ KTMB

Diterbitkan Januari 8, 2024 · Dikemas kini Januari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah pengguna yang kerap menggunakan tren awam KTMB Komuter dan ETS (Electric Train Service), ini adalah masanya untuk anda menaiki perkhidmatan tren ini dengan membeli tiket melalui aplikasi KITS (KTMB Integrated Ticketing System) KTMB Mobile.

Ini kerana, pembelian melalui aplikasi ini bukan sahaja lebih mudah tetapi lebih berbaloi selepas KTMB mula memperkenalkan ciri ganjaran Rail Rewards.

Rail Rewards adalah mata ganjaran yang boleh ditebus bagi membolehkan anda menikmati diskaun & tawaran hebat daripada KTMB dan rakan strategik KTMB.

KTMB Rail rewards
Antara rakan strategik KTMB yang menerima mata ganjaran Rail Rewards setakat ini.

Untuk mengumpul mata Rail Rewards ini, anda hanya perlu memuat turun aplikasi KITS KTMB Mobile dari Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGalllery.

Kemudian daftar dengan mencipta akaun terus dari aplikasi tersebut atau di laman KTMB Online.

Selepas itu, anda sudah boleh membeli tiket Komuter, tren ETS atau Shuttle Tebrau dari aplikasi tersebut dan mengumpul mata ganjaran.

 

tiket ets
KITS kini menyokong 5 ciri pembayaran tanpa tunai ini.

Anda akan mendapat 1 mata ganjaran Rail Rewards bagi setiap RM1 harga tiket KTMB yang dibeli melalui aplikasi KTMB Mobile atau dari laman KTMB Online.

Cuma suka diingatkan di sini, selepas pembelian tiket KTMB, mata ganjaran itu tidak diperoleh terus pada masa itu juga. Sebaliknya, mata ganjaran itu hanya akan dikreditkan ke dalam akaun KITS anda dalam tempoh 5 hari dari tarikh perjalanan selesai.

Jumlah terkumpul Rail Rewards itu anda boleh semaknya di aplikasi KTMB Mobile.

KTMB Rail rewards
KTMB Rail rewards
KTMB Rail rewards
Rail Rewards tidak boleh ditukar kepada bentuk tunai atau dipindahkan.

Nilai minimum Rail Rewards yang boleh ditebus pula adalah RM0.50 dan tiada had untuk menebusnya. Jadi, anda boleh menebus semua Rail Rewards yang ada sekali gus jika itu yang anda mahukan. Penebusan boleh dibuat terus dari aplikasi KITS KTMB Mobile.

KTMB Rail rewards

Mata ganjaran Rail Rewards juga secara automatik akan dihapuskan selepas tamat tempohnya. Jadi, jangan lupa menggunakan Rail Rewards anda.

Untuk info lebih lanjut tentang Rail Rewards, anda boleh klik pada pautan KTMB ini.

Semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan, KTMB Perkenal Konsep Baharu Jualan Tiket ETS
  • KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan
  • AirAsia Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY