Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KITS STYLE

KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Julai 14, 2025 · Dikemas kini Julai 14, 2025 oleh ariff bukhari

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara rasminya melancarkan aplikasi baru yang dikenali sebagai KITS Style.

Berbeza daripada aplikasi KTMB Mobile yang khusus hanya untuk pembelian tiket ETS dan Komuter sahaja, KITS Style pula adalah aplikasi semua dalam satu baharu yang dinaik taraf KTMB.

Aplikasi ini dibangunkan untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar, moden dan mesra pengguna kepada para penumpang.

Melalui KITS Style, pengguna bukan sahaja boleh membeli tiket tren ETS dan komuter sahaja, tetapi juga anda boleh:

  • Perancang perjalanan berasaskan teknologi AI
  • Tempahan penerbangan, hotel, tempat menarik & kereta sewa
  • Kad Prabayar KITS Style Mastercard (digital)
  • Program ganjaran eksklusif Rail Rewards
  • Bayaran insurans & bil utiliti
  • Pemindahan wang, tambah nilai & dan tawaran gaya hidup eksklusif

KITS STYLE

Reka bentuk aplikasi ini tampil lebih intuitif dan kemas, selari dengan gaya hidup digital masa kini.

Ia bukan sekadar alat untuk tempahan, tetapi satu platform menyeluruh yang menghubungkan pengguna dengan semua servis dan kemudahan yang ditawarkan oleh KTMB — menjadikan pengalaman naik tren lebih cepat, mudah dan tersusun.

Aplikasi KITS Style kini tersedia untuk dimuat turun dari App Store, Google Play atau AppGallery secara percuma.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Tinjauan Dedah 5 Punca Utama Pengguna iPhone Memandang Rendah Telefon Android
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Uji Prestasi Internet Dengan Aplikasi Rasmi MCMC NEXUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY