Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB ETS Johor Bahru diskaun_

ETS ke JB Sentral Bermula 12 Disember, Diskaun 30% Untuk Laluan Selatan

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 19, 2025 oleh Amalina Athman

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral akan mula beroperasi pada 12 Disember 2025.

Sempena pelancaran ini, KTMB turut menawarkan diskaun 30% untuk perkhidmatan ETS sektor Selatan. Tawaran diskaun ini sah bagi perjalanan dari 12 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, dengan menggunakan kod promosi “JBBEST” semasa pembelian tiket.

Sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

KTMB ETS Johor Bahru diskaun_1
KTMB ETS Johor Bahru diskaun_2

ETS ke JB Sentral Bermula 12 Disember, Diskaun 30% Untuk Laluan Selatan

 

Bagi laluan KL Sentral ke JB Sentral, kadar tambang bermula dari RM82 sehala. Pengguna juga boleh memilih stesen hentian seperti Kulai, Kempas Baru, Layang-Layang serta beberapa stesen lain sepanjang laluan.

KTMB ETS Johor Bahru diskaun_3

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, mesin kios KTMB atau laman rasmi KTMB bermula 9 Disember 2025 pada 12.30 tengah malam.

KTMB ETS Johor Bahru

Dalam pada itu, KTMB turut memaklumkan bahawa pengoperasian berkenaan menandakan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB), melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 192 kilometer serta 11 stesen telah disiapkan mengikut jadual.

Bagaimanapun, perkhidmatan ETS akan diaktifkan secara berfasa untuk laluan perjalanan ke sektor utara selaras dengan proses pentauliahan set ETS.

Berkaitan

  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY