Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CXMT DDR5

DRAM China Jadi Harapan Baharu Selesaikan Krisis Harga

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh ariff bukhari

Harga memori DDR5 yang menyaksikan lonjakan sehingga 414% sejak Julai 2025 lalu akibat daripada permintaan tinggi cip dalam pusat data AI sehingga kekurangan bekalan global dijangka akan reda sedikit masa lagi.

Menurut bekas ketua Kumpulan Samsung DS, Kye-hyun Kyung, beliau menjangkakan lonjakan ini mungkin reda dalam tempoh setahun apabila syarikat China melabur besar-besaran dalam pengeluaran DRAM.

ChangXin Memory Technologies (CXMT) kini menjadi peneraju DRAM China, diikuti pemain lain seperti Powev Electronic Technology Co., Ltd.

DRAM China Jadi Harapan Baharu Selesaikan Krisis Harga
Salah satu model RAM DDR5 keluaran Powev: Shen Ce DDR5 RGB U-DIMM

Namun, Kyung memberi amaran bahawa jika pulangan pelaburan AI menurun, rancangan pengembangan DRAM China boleh terbantut.

Sehubungan itu, Kyung menekankan bahawa Korea perlu memperkukuh kedudukan dalam pasaran cip bagi menyaingi AS dan China dengan pada masa yang sama, masa depan harga DDR5 bergantung kepada sejauh mana pelaburan China berterusan dan kestabilan permintaan AI global.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Harga Storan Dan DRAM Naik Mendadak, Pengguna Dijangka Tangguh Beli PC Baharu
  • RAM DDR5 Buatan China Kini Mengisi Permintaan Memori Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY