Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat

Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat

Diterbitkan April 10, 2026 · Dikemas kini April 10, 2026 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru oleh Omdia menunjukkan, pasaran PC global mencatatkan pertumbuhan sederhana pada suku pertama 2026 dengan penghantaran meningkat 3.2% kepada 64.8 juta unit.

Segmen desktop melonjak 5.4% kepada 14 juta unit, manakala komputer riba naik sebanyak 2.6% kepada 50.8 juta unit. Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat

Lenovo kekal sebagai peneraju pasaran dengan 25.5% penguasaanselepas merekodkan penghantaran PC mencecah 16.5 juta unit, diikuti HP, Dell, Apple dan Asus.

Pertumbuhan ini didorong oleh kitaran penggantian komputer terdahulu Windows 10, pelancaran produk baharu, serta strategi vendor yang mempercepatkan pesanan sebelum kos komponen meningkat.

Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat

Namun, tekanan rantaian bekalan semakin ketara apabila harga memori dan storan melonjak sehingga lima kali ganda berbanding tahun lalu, manakala CPU dari  Intel dan AMD dijangka naik antara 10 hingga 25% pada suku kedua tahun ini.

Omdia menyalahkan pembinaan pusat data AI besar-besaran yang telah menyebabkan kategori pengguna kekurangan bekalan memori dan storan, dengan masing-masing menyaksikan peningkatan kos kira-kira lima kali ganda dan tiga kali ganda sejak Suku Pertama 2025.

Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat

Omdia berkata, walaupun suku pertama menunjukkan pertumbuhan, mereka menjangkakan ia mungkin menjadi kemuncak tahun ini kerana kos yang semakin menekan margin.

“Dengan tekanan rantaian bekalan yang masih meningkat, pertumbuhan sederhana suku pertama berkemungkinan menandakan titik tertinggi untuk tahun ini,” Ben Yeh, Penganalisis Utama di Omdia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan
  • ASUS Lancar PC Kompak Siri V Dipacu Intel Core 7 240H, Hanya Berharga RM2,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY