Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC

Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC

Diterbitkan Mei 4, 2026 · Dikemas kini Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun Microsoft hanya menetapkan 4 GB RAM sebagai keperluan minimum untuk PC moden bagi menjalankan sistem Windows 11, tetapi pengguna kini disaran untuk melengkapkan PC mereka dengan kapasiti RAM minimum sebanyak 32 GB sebagai pilihan jangka panjang.

Saranan ini pula lebih diberatkan kepada pengguna yang melaksanakana tugasan berat seperti gamer tegar PC dan lain-lain.

Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC
Saranan ini juga terpakai bagi penyuntingan foto, video dan projek audio.

Cadangan baharu ini timbul kerana semakin banyak aplikasi dijalankan serentak ketika beraksi, sebagai contoh menggunakan Discord, pelayar web dan alat penstriman selain permainan yang semakin memerlukan memori besar untuk lancar dimainkan.

Walaupun Microsoft menjanjikan penambahbaikan dalam pengoptimuman memori, ramai pengguna mendapati Windows 11 lebih ‘lapar’ RAM berbanding versi terdahulu.

Tetapi, dalam keadaan pasaran DRAM yang kekurangan bekalan dan harga meningkat, cadangan ini menimbulkan perdebatan dengan sesetengah pengguna sudah beralih kepada sistem operasi alternatif seperti Linux atau macOS yang lebih ringan.

Ekoran itu, Microsoft kini dilaporkan memulakan projek yang dipanggil sebagai “Windows K2” dengan harapan akan mengatasi isu prestasi dalam permainan dan kecekapan sistem operasi Windows mereka bagi memenangi hati pengguna semula.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ini Spesifikasi 'Gaming PC' Terbaik Dicadangkan Microsoft
  • KIOXIA Bawakan Prestasi Storan Pusat Data Ke PC Awam, Kelajuan Sehingga 10,300 MB/s

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY