Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kod Tatalaku Pelesenan Platform Media Sosial Diumum Hujung Bulan Ini – Fahmi

Kod Tatalaku Pelesenan Platform Media Sosial Diumum Hujung Bulan Ini – Fahmi

Diterbitkan Oktober 11, 2024 · Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh Amalina Athman

Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial akan diumumkan selewat-lewatnya hujung Oktober ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata penyediaan draf kod tatalaku tersebut sedang diusahakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tatalaku ini bertujuan untuk diteliti oleh platform media sosial dalam tempoh dua bulan sebagai garis panduan sebelum mendaftar untuk pelesenan. Ia supaya mereka faham tugas dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia yang guna platform mereka.

Ditanya mengenai kandungan kod tatalaku tersebut, Fahmi berkata beliau belum dimaklumkan oleh pihak MCMC berkaitan perkara itu, tetapi menjelaskan bahawa kod tersebut akan berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan platform-platform media yang akan dilesenkan.

Dalam pada itu, beliau berkata beberapa akta baru juga akan digubal seperti Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Proses Permohonan Lesen Media Sosial Tidak Sukar - Fahmi
  • MCMC Akan Jalankan Siasatan Awam Berhubung Pelesenan Media Sosial
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY